Monday, 5 November 2012

3) NABI TERIMA WAHYU PERTAMA

Hadis bukhari dan Muslim , daripada Aisyah Ummul Mukminin ra , katanya :

        Wahyu yang mula-mula turun kepada Rasulullah saw ialah berupa mimpi nyata di waktu tidur , yang dilihat jelas oleh beliau bagaikan chaya pagi . Semenjak itu timbul keinginan di hati beliau hendak bersunyi diri , lalu beliau pergi mengasingkan diri gua Hira' . Di situ beliau beribadat selama beberapa malam , hingga perbekalannya habis . Apabila perbekalannya telah habis , beliau pulang kepada isterinya Khadijah , untuk mengambil lagi bekalan secukupnya dan kemudian beliau kembali pula ke Gua Hira'. keadaan itu berlangsung beberapa lama hingga suatu ketika apabbila datang kepadanya Al-Haq iatiu ketika beliau di Gua Hira'.

        Malaikat datang kepadanya lalu berkata " Bacalah "

        Jawab Nabi " Saya tidak tau membaca "

        Kata Nabi ( menceritakan ) : Lalu saya ditarik dan dipeluknya hingga saya kepayahan . Kemudian saya dilepaskan seraya dia berkata " Bacalah ! " Jawabku " Saya tidak tahu membaca "

        Lalau saya ditarik dan dipeluknya kali ke dua hingga saya kepayahan . Kemudian saya dilepaskan seraya dia berkata " Bacalah ! " Jawabku " Saya tidak tahu membaca "

        Lalu saya ditarik dan dipeluknya kali ketiga kemudian saya dilepaskan seraya di berkata " Iqra' bismi rabbikal lazi khalaq . Khalaqal insaana min 'alaq . Iqra' warabbukal akram ... " ( Bacalah dengan nama Tuhanmu yang mencipta . Mencipta manusia dari segumpal darah . Bacalah ! demi Tuhanmu yang Maha mulia yang mengajar dengan kalam Mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya )

        Selepas itu Rasulullah saw bergegas pulang ke rumah membawa pengalaman yang baru dialaminya itu dengan tubuh yang menggigil gementar kepada isterinya Khadijah . Khadijah pun di perintah kan beliau " Selimuti aku ! Selimuti aku ! " Khadijah segera menyelimuti Rasulullah hingga huilang rasa terkejutnya , Dia berkata kepada Khadijah apa yang telah berlaku ke atas beliau . Setelah menceritakan kepada Khadijah , Rasulullah pun berkata " Sungguh aku bimbangkan diriku "

        Maka kata Khadijah " Jangan bimbang . Tapi bergembirah ! Demi ALLAH , Tuhan sekali-kali tidak akan mengecewakan kamu . Kamu selalu menghubungkan tali sillaturrahim , berkata yang benar , menunaikan tanggungjawab , menyediakan yang belum ada . memuliakan tetamu dan menolong orang-orang yang menegakkan kebenaran "

        Selepas itu Khadijah pergi bersama dengan Nabi Muhammad menemui Waraqah bin Naufal bin Asadf bin Abdul Uzza iaitu anak bapa saudara Khadijah yang beragama Nasrani sejak zaman Jahiliyah . Dia pandai menulis kitab dalam bahasa Arab dan telah menyalin kitab Injil ke dalam bahasa Arab beberapa salinan . Usiannya telah lanjut , dan matanya telah buta .

        Khadijah berkata kepadanya " Wahai anak bapa saudaraku " Dengarlah khabar dari anak saudaramu ini " Maka Warqah bin Naufal pun berkata " . " Wahai anak saudaraku . Apakah yang telah terjadi kepada mu ? " Lalu Rasulullah saw pun menceritakan kepadanya nya peristiwa yang telah dialaminya itu .

        Kata Waraqah " Itulah Namus ( Malaikat ) yang pernah diutus ALLAH  kepada Musa as . Wahai diriku , kalaulah aku masih muda ..... Wahai , kalau lah aku masih hidup ketika engkau diusir oleh kaummu "

        Rasulullah saw bertanya " Apakah mereka akan mengusirku ? " Jawab Waraqah " Ya , Tidak pernah ada seorang pun yang membawa apa yang engkau bawa itu tidak dimusuhi orang . Sekiranya aku masih sempat bersama engkau pada hari itu , pasti aku akan membelamu sekuat-kuatnya

        Tidak berapa kemudian selepas itu Waraqah pun meninggal dunia






    

No comments:

Post a Comment