Thursday, 30 December 2010

1) TATKALA ALLAH MENCIPTA MANUSIA

Al-quran menceritakan peristiwa penciptaan manusia yang pertama oleh Allah SWT , yakni Adam 'akahis-salam(as) , dalam Surah Al-Baqarah , ayat 30 - 38 , seperti berikut :


        Dan ketika Tuhamnmu berfirman kepada malaikat : "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi ;'mereka berkata : " Adakah Enkgkau hendak menjadikan di muka bumi makhluk yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah , padahal kami sentiasa bertasbih memuji-Mu dan mensucikan-Mu ?" Tuhan berfirman : " Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui ," ( 30 )

        Dan Dia pun mengajarkan Adam akan nama-nama seluruhnya , kemudian ditunjukkan kepada malaikat , lalu Dia berfirman : " Terangkan kepada Aku nama benda-benda ini semuanya , jika kamu golongan yang
benar ." ( 31 )

        Malaikat berkata , " Maha suci Engkau , kami tidak mempunyai ilmu selain apa yang Engkau ajarkan kepada kami . Sesungguhnya Engkau jualah yang amat mengetahui lagi maha bijak sana . " ( 32 )

        Allah berfirman , " Wahai Adam , terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka . " Maka setelah Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka , Allah berfirman : " Bukankah Aku katakan kepada kamu bahawa Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi , dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan ? " ( 33 )

        Dan ketika Kami berfirman kepada malaikat : " Tunduklah kepada Adam ; " lalu mereka semua tunduk memberi hormat , melainkan iblis . Dia enggan dan takbur , dan jadilah dia dari golongan yang kafir . ( 34 )

        Dan kami berfirman : " Wahai Adam , tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga , dan makan lah makanannya apa sahaja yang kamu berdua sukakan sepuas-puasnya dan janganlah kamu hampiri pokok ini ; ( jika kamu hampiri ) maka akan jadi lah kamu dikalangan orang yang zalim ." ( 35 ) 

        Setelah syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka berada di dalamnya ,dan Kami berfirman : " Turunlah kamu , sebahagian kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain , dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi , serta mendapat kesenangan hingga suatu masa . " ( 36 ) 

        Kemudian Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah , lalu Allah menerima taubat nya . Sesungguhnya Allah , Dialah yang maha pengampun lagi maha mengasihani . ( 37 ) 

        Kami berfirman : " Turunlah kamu semua dari syurga itu ! Kemudin jika datang kepada kamu petunjuk dari-Ku , maka sesiapa yang mengikut petunjuk-Ku nescaya tidak ada kebimbangan bagi mereka dan mereka pun tidak akan berduka . ( 38 )